Thursday, May 28, 2009

Berkhatan

Megikut ajaran Islam, berkhatan itu wajib dilakukan oleh umatnya kerana ia merupakan satu perbuatan ibadat yang dituntut oleh agama. Ianya adalah bertujuan agar umatnya sentiasa berada di dalam keadaan suci lagi menyucikan daripada segala bentuk najis pada seluruh anggota tubuh badan dalam menunaikan ibadat kepada Allah S.W.T.

Tuntutan berkhatan adalah bermula dari Nabi Allah Ibrahim lagi hinggalah sekarang. Allah telah memberikan mukjizat melalui malaikat untuk mengkhatankan Nabi Allah Ibrahim. Sebelum itu, Allah telah memberikan beberapa petanda melalui mimpi kepada Nabi Allah Ibrahim iaitu sebanyak 5 kali.

Mimpi Pertama:
Allah menyatakan kepada Nabi Allah Ibrahim bahawa badannya "tidak suci".
Apabila bangun dari tidurnya Nabi Allah Ibrahim pun terus mandi dan menyintok seluruh anggota tubuh badannya bertujuan untuk menyucikan dirinya.

Mimpi Kedua:
Allah berkata kepada Nabi Allah Ibrahim bahawa badannya masih lagi "tidak suci".
Apabila bangun daripada tidurnya Nabi Allah Ibrahim terus mengikis dan mencukur segala bulu yang tumbuh di badannya.

Mimpi Ketiga:
Allah berkata Nabi Allah Ibrahim masih lagi "tidak suci".
Apabila bangun daripada tidurnya Nabi Allah Ibrahim pun memotong segala tumbuhan yang ada di badan seperti kuku dan sebagainya. Kemudian Nabi Allah Ibrahim pun berdoa kepada Allah supaya memberi petunjuk dimanakah tempat di tubuhnya yang masih "tidak suci".

Mimpi Keempat:
Nabi Allah Ibrahim "berperasaan" ada satu lembaga melalui atas kemaluannya dan mengkhatankan beliau.

Mimpi Kelima:
Barulah Allah berkata bahawa Nabi Allah Ibrahim berada dalam keadaan suci lagi menyucikan.

Bermula dari peristiwa itulah berkhatan diwajibkan ke atas semua umat Islam di seluruh dunia. Di Malaysia, berkhatan juga disebut sebagai "bersunat" atau "masuk jawi", dan upacara tersebut dijalankan dengan meriah mengikut syarak dan juga adat.

Kini upacara berkhatan tidak lagi menjadi satu perkara yang meriah dan kian hilang ditelan dek zaman kerana ibubapa sekarang sering mengkhatankan anak-anak mereka secara moden di hospital atau klinik swasta kerana ia lebih mudah, ringkas dan cepat sembuh.

Derma untuk Masjid

Tuesday, May 26, 2009

Monday, May 25, 2009

Masjid rumah Allah

Masjid merupakan rumah Allah yang mana kita akan memperolehi ketenangan apabila duduk didalamnya. Selain dari mengerjakan sembahyang fardhu dan sunat kita juga boleh beriktikaf di dalam masjid terutama sepuluh terakhir Ramadhan. Di mana pertempatan baru masjid merupakan keutamaan bagi umat islam untuk berkumpul bersama jemaah dalam mengerjakan ibadat kepada Allah s.w.t.. Adalah menjadi tanggungjawab setiap individu untuk mengimarahkan masjid. Oleh sebab masjid merupakan tempat yang suci maka pembinaan masjid juga perlu dihindari dari mengunakan sumber-sumber yang tidak halal atau atau unsur subahat didalamnya. Ahli jawatankuasa pentadbir masjid perlu memastikan dan memantau sumber-sumber kewangan atau sebagainya daripada digunakan dalam pembinaan masjid.
Masjid ada dimana-mana, dengan maksud ada masjid secara zahiriah dan ada masjid secara batiniah...............? bersambung.....