Tuesday, June 2, 2009

Nasihat Abu Darda'


Terdapat seorang pemuda yang datang bertemu Abu Darda'. Pemuda itu berkata :

"Nasihatilah saya wahai sahabat RasuluLlah sallaLLahu 'alaihi wasallam.."


Abu Darda' menasihatinya :

"Wahai anakku! Ingatlah ALlah sewaktu senang, nescaya Dia akan mengingati kamu sewaktu susah.

Wahai anakku! Jadilah seorang yang berilmu atau seorang yang belajar ataupun seorang yang mendengar ilmu. Jangan kamu jadi orang yang keempat (orang yang jahil) kerana kamu akan binasa.


Ketika Abu Darda' sampai ke Damsyiq dan melihat penduduknya yang telah bergelumang dengan kemewahan. Tenggelam dalam kenikmatan. Beliau lantas mengajak orang ramai berkumpul di masjid. Setelah itu beliau bangun berucap :

Wahai penduduk Damsyiq, kamu semua adalah seagama, jiran tetangga dan penolong melawan musuh.

Wahai penduduk Damsyiq, apakah yang menghalang kamu daripada mengasihi dan menerima nasihat saya. Padahal saya tidak menuntut apa-apa daripada kamu. Nasihat saya adalah untuk kamu sedangkan nafkah saya bukan kamu yang tanggung.

Kenapa saya lihat para ulama kamu telah meninggal dunia, namun orang yang jahil masih tidak belajar?

Saya juga lihat kamu bersungguh-sungguh mengejar perkara yang ALlah telah jamin untuk kamu, sebaliknya kamu meninggalkan perkara yang diperintahkan kepada kamu?

Kenapa saya lihat kamu mengumpul harta yang kamu tidak makan?

Kamu membina bangunan yang kamu tidak diami?

Kamu berangan-angan perkara yang kamu tidak boleh sampai kepadanya?

Sesungguhnya umat sebelum kamu telahpun mengumpul harta dan berangan-angan..

Tetapi sekejap sahaja , harta yang mereka kumpulkan itu menjadi hancur dan musnah...

Angan-angan mereka cuma tipu daya semata-mata...

Dan kediaman mereka menjadi kubur..

Wahai penduduk Damsyiq, perhatikan kaum 'Aad. Mereka telah memenuhi bumi ini dengan harta dan anak-pinak...

Tetapi pada hari ini, siapakah yang mahu membeli peninggalan 'Aad daripada saya dengan harga dua dirham?


Abu Darda' mengingatkan mereka dengan penuh perasaan. Orang ramai mula menangis sehingga suara tangisan dapat didengari dari luar masjid.

Sumber : Dr Abdul Rahman Ra'fat al Basha, Surun min hayat as Sohabah, 65 Gambaran, Kehidupan Sahabat, Cetakan Pertama, Terbitan Pustaka Salam Sdn Bhd, Kuala Lumpur.

Monday, June 1, 2009

Saudara


قال رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : لَا تَبَاغَضُوا، وَلَا تَحَاسَدُوا، وَلَا تَدَابَرُوا، وَكُونُوا عِبَادَ اللَّهِ إِخْوَانًا، وَلَا يَحِلُّ لِمُسْلِمٍ أَنْ يَهْجُرَ أَخَاهُ، فَوْقَ ثَلَاثَةِ أَيَّام

(صحيح البخاري)

Sabda Rasulullah saw :
“Janganlah kalian saling membenci, jangan saling dengki dan iri, dan jangan pula saling memusuhi, jadilah bersaudara sesama hamba Allah, dan tiadalah halal bagi muslim untuk memutus hubungan / memusuhi saudara muslimnya lebih dari tiga hari” (Shahih Bukhari)


Masjid

Pertama : Mesjid adalah Baitullah atau rumah Allah ( An-Nur : 36 )
Allah pun berfirman “ RumahKu dimuka bumi adalah Mesjid, para kekasihKu adalah mereka yang memakmurkan rumahKu. Barang siapa yang ingin berjumpa denganKu hendaklah ia datang ke rumahKu, sungguh wajib bagi tuan rumah menghormati para tamunya.”.(Hadits Kutsi), karena itulah adzan bukan panggilan muadzin, tapi panggilan Allah Kekasih untuk para kekasihNya.

Kedua : Mesjid rumah Rasulullah s.a.w.
Ketika beliau sakit menjelang akhir hayat beliau, tatkala mendengar azan Bilal, beliau berkata kepada Saidah Aisyah R.A, antarkan aku ke rumahku!, Saidah Aisyah keheranan dan seraya bertanya “ bukankah ini rumah engkau wahai kekasih Allah?”, Rasulullah menjawab, “tidak, rumahku adalah Mesjid”. Kesempatan lainpun beliau bersabda : “ Seandainya ummatku mengetahui keutamaan sholat berjamaah di Mesjid merangkakpun mereka tetap sholat berjamaah di Mesjid” (Muttafaqun ‘Alaiha).

Ketiga : Mesjid rumah Malaikat-malaikat Allah.
Istana saja ada penjaganya apalagi Mesjid, para Malaikat itu mendo’akan dan mengaminkan do’a mereka yang memakmurkan Mesjid ( H.R.Ahmad ).

Keempat : Mesjid adalah rumah orang-orang mukmin.
Setiap makhluk ada rumahnya, dan rumah orang beriman adalah Mesjid. Simak dengan keimanan surat At-Taubah ayat 18 : “ Sesungguhnya hanya hamba Allah yang benar-benar beriman kepada Allah dan benar-benar beriman pada Hari Akhirat, merekalah yang memakmurkan Mesjid-mesjid Allah…”. Sungguh mereka yang telah mendapat hidayah iman, walaupun rumahnya jauh dari Mesjid, gelap, dingin-dingin disertai hujan turun lebat tetap mereka berjamaah di Mesjid, tetapi kalau tidak mendapat hidayah iman,walaupun rumahnya dekat dengan Mesjid ia tetap saja tidak berjamaah di Mesjid.

Para sahabatpun dapat mengetahui orang-orang munafik diwaktu Subuh, karena orang-orang munafik sangat berat sholat berjamaah di Mesjid terutama diwaktu Subuh ( H.R. Bukhari ).
Dengan demikian tidak ada alasan bagi kita untuk tidak berjamaah di Mesjid, mari kita jadikan setiap bulan – bulan Ramadhan bulan memakmurkan Mesjid.